Bengkel Warna Guna Cat Pertama di Indonesia

Jenama cat hiasan terkemuka AkzoNobel dan Nala Designs jalin kerjasama untuk memberikan suntikan warna sempena sambutan Aidilfitri dengan menganjurkan bengkel warna mural dan beg tote menggunakan cat.

Diketuai Pengasas Nala Designs, Lisette Scheers, bengkel berkenaan diadakan di Nala Muse, Bangsar Village II dan memberikan peluang kepada peserta melihat kehalusan penghasilan karya seni yang kaya dengan budaya.

Baca Juga: harga akrilik lembaran

Pengurus Besar AkzoNobel Decorative Paints Malaysia, Indra Laban berkata, Dulux merupakan pejuang kuasa warna yang teguh.

“Kami percaya bahawa warna mampu mengubah keseluruhan komuniti dan mempengaruhi tanggapan kita terhadap dunia sekeliling.

“Sehubungan itu, kami ingin mengambil peluang ini memperbaharui komitmen kami dalam terus memberi inspirasi warna kepada orang ramai,” katanya.

Artikel Terkait: harga cat akrilik di gramedia

Menurut beliau, usaha sama dengan Nala Designs merupakan satu jalinan yang sempurna kerana mereka amat bersemangat dalam menghasilkan karya seni berilhamkan Malaysia yang bukan sahaja menonjol dan menarik perhatian tetapi paling penting, mampu memberi inspirasi kepada individu dan ia seiring dengan matlamat Dulux.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s